Lawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Ke KTT

Dato Saifuddin Abdullah, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah membuat lawatan kerja ke KTT pada 9hb Mei 2011

MAJLIS KONVOKESYEN Ke-9 KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR MERIAH DENGAN ANUGERAH!

Majlis Konvokesyen Ke-9 Kolej Teknologi Timur akan diadakan pada 27hb Julai 2011

MAJLIS KONVOKESYEN Ke-9 KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR MERIAH DENGAN ANUGERAH!

Siapa kata majlis konvokesyen selalunya membosankan? Pastinya anda silap.

Graduation Dinner Class of May 2013

Graduation Dinner Class of May 2013 was held at Hotel Nilai Spring on May 2013. The best student for overall diploma program was Mohamad Hakim b Mohd Som. Congratulaion Hakim !

Top In the World Awards

Cambridge A-Level students of KTT managed to get 26 awards in various subjects and categories.

KENAPA MESTI PILIH KTT !!

Sunday, 21 July 2013

KTT ADALAH PILIHAN ANDA !!









ASSALAMUALAIKUM......

Saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Blog studytoktt. Di sini kami ingin memperkenalkan sebuah kolej yang mana telah bertapak lama di Malaysia.Ianya terletak di Sepang, Selangor.

Kenal tak KTT ? tak kenal.....saya pasti ramai yang tidak mengenali KTT serta kebaikan yang ada di dalamnya. KTT adalah singkatan bagi KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR. Ia merupakan sebuah Kolej yang amat indah dan cantik kerana ia berdekatan dengan bukit yang mana setiap pagi akan mendengar siulan burung yang berkicauan.Sungguh Indah suasananya.

Walaupun kawasannya berdekatan dengan kampung, tetapi ianya adalah bonus dan kelebihan bagi seorang pelajar untuk menumpukan perhatian pada pelajaran kerana di sebalik kehidupan di situ penuh dengan ketenangan.

Ingatlah ! ketenangan adalah sesuatu yang di perlukan dalam kehidupan.Selain ketenangan, banyak kelebihan-kelebihan yang lain yang anda boleh dapat disana. Jom Masuk Dulu, Baru Tahu !!

Kebanyakkan Program yang ada di KTT adalah terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM.Di antaranya program Usahasama UITM, program Kerjasama UPM, program Kerjasama UTM, program Dalaman dan Program A-Level. Semuanya adalah di antara program-program yang terbaik dan bersesuaian dengan keperluan pekerjaan di zaman Globalisasi kita sekarang dan bersesuaian bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi Usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya.

Jika di lihat kondisi KTT sebenarnya adalah tempat berkumpulnya 3 Universiti yang di antaranya sangat besar dan terkenal di Malaysia.Ianya mempunyai pengaruh yang amat kuat dan memberikan jalan dan ruang yang mudah untuk pelajar belajar dengan lebih bermakna.Wujudnya Usahasama dan kerjasama di antara Universiti dan Kolej Teknologi Timur membuatkan ianya suatu kemudahan bagi pelajar untuk merasai belajar dengan program Universiti.

Dan diantara program yang dijalankan di KTT adalah program yang mendapat sambutan yang cukup ramai di kalangan pelajar lepasan SPM.Sebenarnya, lorongan mudah yang telah di buat di KTT adalah ingin membantu pelajar belajar dan berpeluang menjadi seorang pelajar Universiti walaupun anda belajar di Kolej Teknologi Timur.

KTT bukan sebuah kolej yang sebarangan, telah mendapat pelbagai pujian samaada di luar negara dan di dalam negara. Dan juga mendapat ' 5 Star Myquest ' yang mana KTT adalah sebuah Institusi yang sesuai untuk pelajar belajar dengan dedikasi dan komited dalam apa jua keadaan.

Itulah KTT....Pelbagai kebaikan dan dorongan  serta sokongan untuk anda selaku seorang pelajar untuk belajar di KTT. Setiap sudut di KTT penuh dengan keilmuan dan keharmonian jitu dan kukuh dan membantu pelajar untuk sampai ke Menara Gading.

Ingatlah !! bukan orang lain yang mengubah anda, tetapi anda lah yang mengubah diri anda sendiri......

Jika Berminat untuk belajar di KTT, sila klik link ( PENDAFTARAN ONLINE )

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang membaca artikel ini. Semoga memberi panduan untuk Anda menentukan Masa Depan yang lebih cerah....

KATA-KATA MOTIVASI UNTUK BELAJAR











Assalamualaikum....Disini ingin berkongsi kepada anda semua beberapa kata-kata motivasi yang sesuai kepada semua pelajar. HARUS baca dan semangatkan diri anda !!



"Jika Kamu Tidak Berjaya Semasa Cubaan Pertama, Fikirkan Berapa Ramai Yang Telah Kamu Gembirakan" - H. Duane Black



"Kejayaan Adalah Perjalanan Bukan Destinasi. Apa Yang Dilakukan Adalah Lebih Penting Berbanding Hasilnya" - Arthur Arse Jr.



"Tiada Rahsia Dalam Kejayaan. Ia Adalah Hasil Daripada Persediaan, Kerja Keras dan Belajar Daripada Kegagalan" - Colin Powell



"Saya Tidak Tahu Apakah Kunci Kejayaan. Tapi, Kunci Kegagalan Adalah Kerana Ingin Menepati Citarasa Semua Orang" - Bill Cosby



"Kegagalan Adalah Peluang Untuk Bermula Dengan Lebih Bijak" - Henry Ford




"Kamu Mungkin Akan Kecewa Bila Gagal, Tapi Kamu Akan Merasa Lebih Keazaban Bila Tidak Pernah Mencuba" - Beverly Sills




"Hanya Sesiapa yang Berani untuk Pergi Lebih jauh akan Mengetahui Berapa Jauh Dia Boleh Pergi" - TS Elliot




"Walaupun Dengan Sekecil Seseorang Manusia, Dia Mampu Mengubah Haluan Masa Depan" - Galadrial




"Kemahuan Sahaja Tidak Cukup, Kamu Mesti Mempraktikkannya" - Bruce Lee



SUMBER : "Jika Kamu Tidak Berjaya Semasa Cubaan Pertama, Fikirkan Berapa Ramai Yang Telah Kamu Gembirakan" - H. Duane Black



"Kejayaan Adalah Perjalanan Bukan Destinasi. Apa Yang Dilakukan Adalah Lebih Penting Berbanding Hasilnya" - Arthur Arse Jr.




"Tiada Rahsia Dalam Kejayaan. Ia Adalah Hasil Daripada Persediaan, Kerja Keras dan Belajar Daripada Kegagalan" - Colin Powell




"Saya Tidak Tahu Apakah Kunci Kejayaan. Tapi, Kunci Kegagalan Adalah Kerana Ingin Menepati Citarasa Semua Orang" - Bill Cosby




"Kegagalan Adalah Peluang Untuk Bermula Dengan Lebih Bijak" - Henry Ford



"Kamu Mungkin Akan Kecewa Bila Gagal, Tapi Kamu Akan Merasa Lebih Keazaban Bila Tidak Pernah Mencuba" - Beverly Sills




"Hanya Sesiapa yang Berani untuk Pergi Lebih jauh akan Mengetahui Berapa Jauh Dia Boleh Pergi" - TS Elliot




"Walaupun Dengan Sekecil Seseorang Manusia, Dia Mampu Mengubah Haluan Masa Depan" - Galadrial




"Kemahuan Sahaja Tidak Cukup, Kamu Mesti Mempraktikkannya" - Bruce Lee





Saturday, 20 July 2013

KISAH KENANGAN SEORANG PELAJAR DI KTT- TERBAIK !!










Masih segar di ingatan saya waktu itu, saya dan Nabila menaiki bas ke Kota Bharu..(mcm novel lak, skema~_^)!stop2..back to normal..

Sebenarnya waktu saya ke Kota Bharu dengan adik saya Nabila, Mak saya telefon saya yang surat tawaran dari JPA dah sampai, tapi Mak kata mesti Angah tak nak pergi..huhu..


Aduss..Saya dapat tawaran ke Indonesia, dan tawaran tersebut datang bersama dan harus saya terima dengan tawaran kemasukan untuk buat A-Level di KTT ataupun Kolej Teknologi Timur, Sepang..KTT??baru tau kewujudan KTT masa tu je, tak dapat membayangkan lagu mana rupa KTT ni dan tak pernah dengar langsung.

Yelaa..masa kat KISAS dulu tak pernah pun terdengar kewujudan KTT dari senior2, yang pernah tau Intec kat Shah Alam, Kolej Damansara Utama (KDU), KYUEM, Kolej Taylor dan Kolej Mara Banting (KMB). Masa tu ramai senior2 yang dari KISAS yang dapat tawaran ke sana. Lagi satu yang terkejut tak pernah pun pilih Indonesia..Iskhh, hehe..perasaan2. Masa zaman2 SPM dulu selalu rasa nak pergi RCSI (Royal College of Surgeon in Ireland). Saya pun tak pasti, masa batch saya hanya pelajar2 lelaki yang dapat pergi ke UK and Ireland buat perubatan. Kalau pelajar2 perempuan yang dapat tawaran hanya ke Russia, Indonesia dan Mesir untuk buat perubatan. kenapakah saya pun tak tahu(^_~)..Masa tu rasa sedih juga tapi sekarang dah selamat dah kat sini!(^_^)..Alhamdulillah~

Awal2 dapat tawaran saya tolak sebenarnya, selamba saja cakap tak terima tawaran tu, tapi masa tu Mak balik dari sekolah dan cakap yang biasiswa JPA, sayang tak terima dan dah dapat perubatan. Dipendekkan cerita saya pun terima dan masa tu 30 Jun 2003 saya mendaftar.(ingat tu tarikh!)

Pertama kali tengok bangunan macam kat atas tu, satu je bangunannya..hehe..Dalam perjalanan ke sana saya dah lupa saya ikut jalan yang lalu depan MIAT ke jalan besar. banyak hutan! KTT ni dalam bandar Salak Tinggi, dulu tak banyak sangat rumah2 tapi sekarang dah banyak kot.

KTT..paling dekat dengan KTT adalah MIAT (Malaysian Institute of Aviation Technology) betul tak?? masa sebelum masuk KTT dah tahu ada MIAT sebab ada sorang kawan kat sana yang dah masuk MIAT, tapi selepas saya masuk KTT baru dia cerita pasal KTT. Katanya, tak mahu saya sedih dan tak mahu saya tolak tawaran tu..Iskhh..kamu2!
Sekitar2 KTT lagi, bukan laa dekat sangat tapi kena keluar dari Salak Tinggi ada banyak kolej2 swasta yang lagi besar dari KTT. Saya dah lupa nama! tapi pernah masuk sana beli cheesecake, sebab cafe diorang best. USIM pun area2 tu gak. (saya tak pandai describe!bad in map and direction~_^)! MIAT pun pernah masuk tapi bosan je tak da apa2~hehe (jgn marah!=)~besar juga dari KTT.

Makanan adalah perkara yang saya rindukan!best2!restoran2 dan kedai2 makan sekitar Salak Tinggi dan Nilai sangat best! Pasar Malam kat sana pun best(^_^)..(kat sini tak de pasar mlm)..sebelum nak sampai ke KTT kalau dari Seremban (saya selalu bertolak dari Seremban sebab dari umah arwah atuk dan nenek sebelah abah kat sana), banyak roundabout! baguslaa nak bagi pandai bawak kete kat roundabout..huhu. kedai makan yang dekat roundabout tu pun best (lupe corner apa dah nama die). Stesen komuter paling dekat dengan KTT (jauh juge tapi), adalah Nilai.

Sebelum sampai KTT, kalau tak ikut Bandar Salak Tinggi ada satu taman rekreasi, selalu pergi dengan kawan2 jalan2 dan pusing2 tasik tu. sangatlah sihat aktiviti kat KTT, dah jauh dengan segala. Ada lagi yang dekat, kalau rasa bosan2 bolehlaa pergi KLIA, dulu pernah ada yang tanya kat mana KTT, saya jawab sebelah KLIA. hehe..jadi kalau sapa2 yang fly waktu saya kat KTT ramai lah saya hantar. Betulkan Emi? aktiviti semua kawan2 KTT yang lain juga hantar kawan2 yang fly dulu, ramai juga saya hantar sepanjang 2 tahun di KTT.(^_~)
Setakat ini dulu saya rasa kalini pasal KTT, nanti akak sambung lagi ye nina, pasal A-level dan kehidupan belajar kat sana.. nak kena study lagi!