KENAPA MESTI PILIH KTT !!

Saturday, 20 July 2013

KISAH KENANGAN SEORANG PELAJAR DI KTT- TERBAIK !!










Masih segar di ingatan saya waktu itu, saya dan Nabila menaiki bas ke Kota Bharu..(mcm novel lak, skema~_^)!stop2..back to normal..

Sebenarnya waktu saya ke Kota Bharu dengan adik saya Nabila, Mak saya telefon saya yang surat tawaran dari JPA dah sampai, tapi Mak kata mesti Angah tak nak pergi..huhu..


Aduss..Saya dapat tawaran ke Indonesia, dan tawaran tersebut datang bersama dan harus saya terima dengan tawaran kemasukan untuk buat A-Level di KTT ataupun Kolej Teknologi Timur, Sepang..KTT??baru tau kewujudan KTT masa tu je, tak dapat membayangkan lagu mana rupa KTT ni dan tak pernah dengar langsung.

Yelaa..masa kat KISAS dulu tak pernah pun terdengar kewujudan KTT dari senior2, yang pernah tau Intec kat Shah Alam, Kolej Damansara Utama (KDU), KYUEM, Kolej Taylor dan Kolej Mara Banting (KMB). Masa tu ramai senior2 yang dari KISAS yang dapat tawaran ke sana. Lagi satu yang terkejut tak pernah pun pilih Indonesia..Iskhh, hehe..perasaan2. Masa zaman2 SPM dulu selalu rasa nak pergi RCSI (Royal College of Surgeon in Ireland). Saya pun tak pasti, masa batch saya hanya pelajar2 lelaki yang dapat pergi ke UK and Ireland buat perubatan. Kalau pelajar2 perempuan yang dapat tawaran hanya ke Russia, Indonesia dan Mesir untuk buat perubatan. kenapakah saya pun tak tahu(^_~)..Masa tu rasa sedih juga tapi sekarang dah selamat dah kat sini!(^_^)..Alhamdulillah~

Awal2 dapat tawaran saya tolak sebenarnya, selamba saja cakap tak terima tawaran tu, tapi masa tu Mak balik dari sekolah dan cakap yang biasiswa JPA, sayang tak terima dan dah dapat perubatan. Dipendekkan cerita saya pun terima dan masa tu 30 Jun 2003 saya mendaftar.(ingat tu tarikh!)

Pertama kali tengok bangunan macam kat atas tu, satu je bangunannya..hehe..Dalam perjalanan ke sana saya dah lupa saya ikut jalan yang lalu depan MIAT ke jalan besar. banyak hutan! KTT ni dalam bandar Salak Tinggi, dulu tak banyak sangat rumah2 tapi sekarang dah banyak kot.

KTT..paling dekat dengan KTT adalah MIAT (Malaysian Institute of Aviation Technology) betul tak?? masa sebelum masuk KTT dah tahu ada MIAT sebab ada sorang kawan kat sana yang dah masuk MIAT, tapi selepas saya masuk KTT baru dia cerita pasal KTT. Katanya, tak mahu saya sedih dan tak mahu saya tolak tawaran tu..Iskhh..kamu2!
Sekitar2 KTT lagi, bukan laa dekat sangat tapi kena keluar dari Salak Tinggi ada banyak kolej2 swasta yang lagi besar dari KTT. Saya dah lupa nama! tapi pernah masuk sana beli cheesecake, sebab cafe diorang best. USIM pun area2 tu gak. (saya tak pandai describe!bad in map and direction~_^)! MIAT pun pernah masuk tapi bosan je tak da apa2~hehe (jgn marah!=)~besar juga dari KTT.

Makanan adalah perkara yang saya rindukan!best2!restoran2 dan kedai2 makan sekitar Salak Tinggi dan Nilai sangat best! Pasar Malam kat sana pun best(^_^)..(kat sini tak de pasar mlm)..sebelum nak sampai ke KTT kalau dari Seremban (saya selalu bertolak dari Seremban sebab dari umah arwah atuk dan nenek sebelah abah kat sana), banyak roundabout! baguslaa nak bagi pandai bawak kete kat roundabout..huhu. kedai makan yang dekat roundabout tu pun best (lupe corner apa dah nama die). Stesen komuter paling dekat dengan KTT (jauh juge tapi), adalah Nilai.

Sebelum sampai KTT, kalau tak ikut Bandar Salak Tinggi ada satu taman rekreasi, selalu pergi dengan kawan2 jalan2 dan pusing2 tasik tu. sangatlah sihat aktiviti kat KTT, dah jauh dengan segala. Ada lagi yang dekat, kalau rasa bosan2 bolehlaa pergi KLIA, dulu pernah ada yang tanya kat mana KTT, saya jawab sebelah KLIA. hehe..jadi kalau sapa2 yang fly waktu saya kat KTT ramai lah saya hantar. Betulkan Emi? aktiviti semua kawan2 KTT yang lain juga hantar kawan2 yang fly dulu, ramai juga saya hantar sepanjang 2 tahun di KTT.(^_~)
Setakat ini dulu saya rasa kalini pasal KTT, nanti akak sambung lagi ye nina, pasal A-level dan kehidupan belajar kat sana.. nak kena study lagi!



0 comments:

Post a Comment